Friday, May 28, 2010

~program realiti keislaman pertama di dunia~





dalam sibuk orang duk gebang pasal mentor 4, gebang pasal akademi fantasia 8, astro oasis (saluran 106) mengambil satu langkah yang bijak dengan mencari bakat2 baru dalam pencarian IMAM MUDA.

program realiti berbentuk keislaman ini harus dipuji, selain dapat mencari imam yang baik dari segi akhlak dan ilmunya, malah secara tidak langsung dapat memberi input yang baik kepada penonton, program seperti ini harus diteruskan...

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.-dipetik dari mstar online.

saya dah tengok episode 1 program imam muda nih, it was good, tugasan pertama ialah 'kematian'...we can see on how they learn to handle the task....

satu inisiatif yang bagus dari pihak astro oasis, keep it up...!!




No comments:

Post a Comment