Friday, May 14, 2010

slot akasia yg MELETOOP!





rasanya entry untuk bulan 5 yilek lagi kan.....ermmm...actually bukan taknak buat entry baru tapi tangan ini sangat malas untuk menaip n plus kering idea untuk penulisan yang bernas....

bila tengok gambar kat atas tu...tahu dah laa aku nk borak psal topik apa...
rasanya pemes sungguh citer slot akasia yg bertajuk ADAMAYA nih...
aku yang duk kat mesir ni pun, aku duk buat bancian, ramai yg duk tengok citer nih, termasuk laa ngan orang yang duk tengah menaip nih....hahaha..

citer ni kalau ditilik balik, plotnya simple jer....tapi dengan pembahagian watak yg menarik dan penghayatan pelakon terutamanya daripada watak adam membuatkan drama bersiri ini lagi kukuh jalan ceritanya....

cerita ini mengisahkan tentang ADAM (sein ruffedge) dan MAYA (lisa surihani) telah dipaksa kahwin oleh kedua ibu bapa mereka.
maya yang mempunyai kekasih di kolejnya iaitu DANI(faizal yusof...takder ker org lain..hahha) tidak berapa happy melayari kehidupan berumah tangga bersama adam...namun begitu, lain pula dengan watak adam yang sungguh bertanggungjawab dan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga mereka...

dalam 6 tahun diaorng kawin, watak maya dalam citer ni dikurniakan seorang anak bernama Amani, suka sangat watak amani nih, kiut sungguh, cerdik pulak tu, bak kata Lisa dalam salah satu watak citer ni, macam laptop....hehehe...sebab cerdik sangat....

anyway, citer ni dah habis pun dalam slot akasia tv3 tu, nanti nk ganti ngan cerita apa ntah lakonan kamal adli n zizie ezzete kot.....anyway, tak berminat nk layan....
citer ni aku layan pun sebab ada lisa surihani, but then, lepas tgk citer, aku lagi suka watak sein, so afta dis, paper jer citer sein berlakon, aku nk layan....hahahhahhaha

watak adam dalam citer ni sweet ya amat....in real life, ada ker lagi spesies macam ni, kalau ada, sama2 kita doakan agar kita dijodohkan dengan lelaki yang bersifat bertanggungjawab n sweet macam watak adam ni,,,,hehehhehe...yang penting, yang blh membawa kita kejalan kebenaran siratul mustaqim...insyaAllah....

ermmm...citer adamaya dah habis tgk, citer awan dania pun dah habis layan, so, no more reason, pape sajer citer series melayu nanti, jangan kempen kasi aku tengok, afta exam baru blh ok....now, exam3....

oklaaa, rasanya nk melalut pun dah kering idea nk tulis, jumpa lagi bila2, mahu ker meja stardi pulak...salam MAY untuk semua...




teraju utama...sein, lisa n faizal...



kiut sungguh cek mek amani nih....

No comments:

Post a Comment