Thursday, August 19, 2010

my day is today...




today is birthday, n i almost forgot about it, seriusly, bukan almost, but memang lupa, this 2-3 weeks, banyak sangat perubahan dan anjakan yang berlaku, even diri ni tak mampu nk cope dengan semasa sekarang ni....

if org barat always make a wish on their birthday, but for me, i want to make a doa, n wish that Allah is listened to me now, for those who read this, please amin it for me, mana tahu ada antara aminnya itu dimakbulkan....

"Ya Allah, aku bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dibumiMu ini, dan sudikanlah Kau memandang kearahku yaAllah, dan ampunkanlah segala dosa2ku...jadikan bonus umur yang Kau berikan ini sebagai satu manfaat yang besar untuk aku mengumpul harta untuk menuju akhiratMu ya Allah, janganlah kau masukkan aku kedalam orang yang Kau tidak ampunkan dosanya YaAllah, jadikanlah aku seorang insan yang berguna pada bangsa dan agamaku yaAllah, kuatkanlah semangatku untuk aku meneruskan perjuanganku ini, dan murahkanlah rezekiku, janganlah Kau ujiku dengan ujian yang terlalu berat yang tidak mampu aku tanangi yaRabb....dan tentunkanlah apa yang terbaik buatku, lantaran aku adalah HambaMu, Kau lebih tahu apa yang layak dan terbaik untukku....aminn ya Rabbal a'lamin..."

amin.....thanks for all the wishes, i luv u all....



Friday, July 23, 2010

hilang arah perhitungan...~







tidak mungkin ada diantara yang mahukan caturan hidupnya berakhir dengan tidak baik...namun itulah hakikat kehidupan, bukan semuanya seindah impian yang dilakar...

andai ditanya...
" nak tak anak yang kau lahirkan nanti cute?.."
dijawab si Ibu.." uishhh...mestilah.."

ditanya lagi...
" kau nak tak selamat sampai ke destinasi yang kau nk tuju?.."
dijawab rakan itu.." mana tak mahu selamat sampai, kau ni pun..."

disoal lagi..
"apa kamu mahu berjaya dalam hidupmu?..."
disapa yang ditanya..." aku harap sangat aku berjaya..."

dilihat pada keadaannya...memang benar, rata-rata antara kita memang mahu pengakhiran yang baik, semuanya mahu positive, tiada yang negatif...
namun harus diingat, kita hanya mengimpikan, yang lain semuanya telah tercatit rapi dalam rancangan Allah...

kita sebagai hambaNya tidak salah untuk berhajat, tapi harus diingat, jika tidak berjaya untuk menggapai apa yang diidamkan, itu bukan bermaksud Allah telah mengabaikan kita, muhasabah diri...

....mungkin ini bukan masanya lagi untuk target itu dicapai...
....mungkin diri kita sendiri belum bersedia untuk mencapainya...
....mungkin belum cukup tangisan dan aduan kita padaNya...
....mungkin masih ada yang tak kena...
....dan mungkin itu juga bukan ditakdirkan untuk kita...

apa sahaja 'mungkin' yang menjelma dalam benak fikiran, harus ditafsir dengan baik, gunakan akal dan bukannya nafsu....
dan janganlah kita memprasangka buruk pada Allah...
just remember, Allah is everything, bila masa saja kita tumbang, bila masa saja kita bangkit, jangan lupa, itu semua kehendakNya....berserahlah segalaNya pada Allah kerana itu yang terbaik...

menangislah, teruskan menangis, menangislah kerana mengadu kepadaNya, percayalah kau merasakan diri kau puas bila tangisan itu dijatuhkan keranaNya..
sesungguhnya Dia maha mendengar....

sama-samalah kita mengajar diri untuk redha dengan segala perancanganNya kerana kita adalah hambaNya, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

so, dun be sad, be strong, perjalanan hidup ini masih panjang, n one of my dearest friends used to say, this is not the end of the world...

take it all the pep-talks as ur spirit n the rest just leave it to Allah....Allah knows what's best...
cheer up,......dearself....


" apa saja yang menjadi kerisauan untuk sesuatu kemusykilan, carilah yang terbaik untuk dirimu dan bukannya kerana orang lain, dan lakukanlah kerana Allah, kerana itulah sebaik-baik keputusan..."



Thursday, July 8, 2010

the 'KARATE KID'






i heard a song from my JB(justin bieber) last week titled 'never say never' ft jaden smith...
as always, JB's songs was super duper HIT....

the whole story about that video clip is about new upcoming movie by jackie chan, the KARATE KID....
fuhhh...!!!good try in trying to write the beginning in english dude...hahahha...

tukar3...kalau nk melalut, lagi cun kalau guna bahasa pasar camni...
kalau tidak kul brapa agaknya aku blh tdo nih, mana nk pikir grammar betul lagi, mana nk pikir nk susun ayat lagi, but it's ok, good effort maa....

ok kita sambung, movie for this week is the karate kid lakonan our martial arts legend, JACKIE CHAN n JADEN SMITH (yang memang betul aku agak dia ni ada kena mengena ngan WILL SMITH, n it's true, dia ni anak will smith...)...n apparently, will smith was actually one of the director of this movie, cool hah...panggil anak berlakon, lagi jimat duit n blh kasi mark up story boom2 sikit...huhuhuhu

jalan cerita yang sangat menarik, n truly suggest for all to watch it, totally worth it!
story about spirit of a boy to learn martial arts, n we can see kung fu is learn for good, not for evil...let me 'ciplak' some of the dialogs in this film...

"kung fu is the knowledge of defends, n not to make war but to create peace..."
"kung fu is lives in everything we do, it lives in how we put on the jacket or we put off the jacket.." so cool...

jackie kind of nampak tua sikit but still....handsome...lagi macho lagi adalaa kot...
so guys, tunggu apa lagi???this is one of the 'must watch movie', rated by me...hahahha..
mahu download guna mediafire, just click on this link, www.theamh.com , actually, dekat link ni, ada manyak cerita best blh download wooo....huhuhu

ok, have fun watching...
click on this link for the song by JB n JADEN SMITH, never say never...



one of the scene...


Tuesday, July 6, 2010

malam 'CHIM CHUM' untuk rancangan 'Wanita Hari Esok n Terjah Birthday'~




friendship forever...!!!


one of my friends said,....
"aktif blog loni..."
i said...
"holaaa....baso dio doh lepah perekso, ko guano?..."huhuhu

about 3 days ago, geng alex kol cakap y not kita buat BBQ sempena diaorang datang Mansoura, n i think, agak cun idea itu but...beberapa masalah timbul dibenak kepala...antaranya..

yang pertama- takdak bahan...
yang kedua- takdak sutuh (rooftop) yg sesuai sbg port
yang ketiga- takdak BBQ set untuk sesi bakar membakar
yang keempat- takder masalah lain dah, saja nk tulis...haha

so, pk punya pk, bincang punya bincang, decide punya decide...(brapa kali punya daa..)
kitaorang ingat nk buat sedikit REVOLUSI....kita tukar daripada MALAM BBQ kepada MALAM CHIM CHUM....
kalau nk tahu, chim chum ni ala2 makanan cara orang korea laa kan, more too stim stuff....
hasil gabungan idea sy dan yg lain, maka terjadilah M ALAM yang dinantikan itu...

n that nite, sy buat sedikit kelainan, selain nk makan n merapatkan ukhuwah, me n the rest berpakat buat surprise birthday untuk my housemy, SYAIDA n our dik su, NAJWA...
hahahahha...punya laaa diaorang percaya ada tetamu istimewa nk datang, n rupanya tetamu istimewa itu adalah........KEK BLUEBERRY EL-BARON...hahahahhahha.....bagus3...kami berjaya menerjah birthday kamu berdua dengan hasil bantuan 2 pengacara dari WANITA HARI ESOK dan TERJAH BIRTHDAY....(ini kisah, org dalam event malam tu saja yang tahu...huhuhu)

doa selamat was recited by our vice president of UN'SANGKA'rable club, nk tahu siapa...itu rahsia... hahahhaha....so much fun...thanks for the cooperations dear...

i'm so happy that semua happy with the meal that nite, ur smile make me smile, and ur happiness make me happy...

hope next time, kita blh buat event2 macam ni lagi selalu, i likeeee...
thanks pada yg sudi datang n memeriahkan suasana...

n that nite, kita jemput penyanyi khas yang glam lagi cun untuk nyanyikan beberapa buah lagu untuk birthday girls, n seems like birthday girls pun happy with the songs...
penyanyi yang dijemput dijangka menyanyi 2 buah lagu jer, but biasalah, gila glamour, sampai 4 lagu dia nyanyikan.....haduhhh...macam2 daaa...




ini sajer angle yg terbaik....


penyanyi tu nyanyikan lagu destiny...
n yes, its our destiny that fated by Allah that we meet here in egypt, n hope that our bonding as "ADIK BERADIK SAMY YEAY" will neva end....insyaAllah...
(but that nite ya n farhah tarak laa...rugiiii......but our love for both of u neva less dear...)
I love u all...

lastly, sorry tau kalau ada buat salah apa2 ker....n thanks for coming to mansoura.....we will miss u...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jangan segan mahu datang lagi......

n last....klik this link...for the song destiny....



Monday, July 5, 2010

picnic cara KAMI!!!




tepi3....kami nk serang ISTAD...lalalalala...



bila dah habis exam nih, macam biasalah, keje makan tdo jerlah...
TUP2...semalam my dearest nadia anta msg cakap reunion dak dentist batch 07/08 akan start kul 7am kat istad gamaah(kawasan stadium university)....
dalam hati ni terdetik,

"haishhh....boleh ker aku bangun awal esok pagi nih?...ayoyo...."
but alhamdulilah, mata ini berjaya bangun kul 7.40am...ok ar tu kan, better ar dari tak bangun langsung.....huhuhu...

siap2, kul brapa ntah sanpai kat istad, diaorang semua dah ready, kind of lambat jugak ar sampai...tapi korang tak marah aku kan...huhuhu

afta baca doa semua, start laa makan nasi lemak yang diaorang masak, aku n my housemate, si cedar cheese tu kna duty buat sandwich...(betul ker tak eja sandwich tu???tak kisah laaa...)

then followed by game "KOOOOOTAKKK BERACUNNNN..."
and as expected, aku kalahhhhhh....denda dia nk tahu apa???kna baca TAZKIRAH daaaa...
uishhh...nasib baik kasi tazkirah jer, kalau denda ketuk ketampi ker, lari padang ker lagi naya....
tajuk tazkirah saya adalah...."MASA"....haaa...budget bagus jer, diri ni pun bukan pandai jaga masa sangat...hahaha...


us!



last sekali, the most 'tak sabar' acara ialah......"EXCHANGE PRESENT"
dari ari tu lagi duk teka2, saperlah dapat aku, so terjawab pagi tadi, orang itu adalah, anak sulungku.....NADIA....thanks a lot for the lovely fan dear....cantik sangat...i dah letak leklok dah sebelah my lappy ....so sweetttt....n to HANNAH, hope u like my present....

picnic tadi alhamdulillah berjalan lancar, so thank u kat semua yang datang...(ecece...macam aku plak admin program...hahhahah)...
seyes aku akan rindu korang, n also thanks for ABRAR for the lovely "tooth bookmark"....

i'm gonna miss u guys....saper yg nak balik malaysia dah, have a nice journey....
oklaa...wanna continue facebooking, buhbye....




semua happy yer...alhamdulillah.....sy pun happy juger....sayang korang!!!





Wednesday, June 30, 2010

gelombang lagu raya...






before nk tdo n before habis bulan Julai...
sy rasa saya mahu postkan something, selalu kita duk gebang pasal cerita ker filem, tapi hari sy mahu bilang tentang lagu...

lagu ada banyak genre, etnik kreatif ada, irama malaysia ada, pop rock ada, tapi ari ni mahu fokus pada.....LAGU RAYAAAAA..!!!!

yeay!!!esok ari raya.....
hoit3, apa yang kau melalut nih, puasa pun tak lagi, mana datangnya raya tuuuu...??
sorry2....ter'excited'....

bukan apa, aku dengar laa lagu raya tok ti yang glamour sesuci lebaran tu minggu lepas.....haduhhhh, makin semangat nk balik raya....
so kesimpulannya, bila semangat nk balik raya, so makin semangat jugak perasaan nk balik malaysia tu, n automatik semangat nk stardi....

mahu lepas semua paper, sy mahu pulang awal dengan result yg lulus cemerlang, aminnnn....

tapi semangat stardi pun tak guna dah, sebab sy sudah habis exam.....fuhhh!!!lega sudah....but still tak tenang selagi result tak kuar...tapi takper, simpan semangat tu untuk tahun depan.....

actually statement 'semangat stardi' tu nk post minggu lepas lagi but bila pk time tu ngah exam, takperlah, peramkan dulu statement ini...huhuhu...

kawan2 dan adik2 saya yang ada beberapa paper lagi, teruskan usaha n CHAKDE...!!!!

oklaaa....sy mahu tdur sudah....my beddy memanggil....
saper yang dah balik malaysia...selamat jalan sy ucapkan, sampaikan salam sy pada nasi kerabu, nasi lemak, pemandu teksi, pramugari, n hok mano ore kelate tu, kim salam ke tok guru neh...huhuhuh..yang mana ngah stay sambil tunggu result nih, sama2 kita doa supaya semua LULUS DENGAN CEMERLANG...aminnn....

ok, untuk menghilangkan sikit rasa debaran, tension, marah, panas ati tu, haa...meh3, kita berdendang kejap....layannnn...

p/s: punyalah lama nk upload video nazam lebaran nih, so dengan itu saya rasa...cara terbaik, klik saja pada link ini, ok, selamat berdendang...

Nazam Lebaran

( 1 )
Berdendang mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam lebaran

Bertingkah rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah alunan berkisah
Nazam lebaran

( ulang 1 )

Kuduskanlah kemaafan
Tuluskan keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah (kepadanya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia

Dendang mari berdendang
Dendang lagu lebaran
Tingkah mari bertingkah
Alun nazam lebaran

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Bergemalah nazam lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah ( kepadana)
Laungkanlah ( kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

Puji pada Ilahi
Takbir di pagi mulia (2x)
Raikan
Lebaran
Di hari kemenangan

( ulang 1 )



Tuesday, June 8, 2010

al kisah penggemar karya MELAYU....




take a break, have a kit kat!
nk post entry jap sebelum sambung stardi dental material...
bila dah kononnya deactivate fb, kita sambung active kat sini lak...hahha.....dop habih sokmo laa kata orang kelantan...

ada yang complain...pesal laa ko suka tengok cerita melayu tan, tak berkembang langsung, kembang tak kembang, aku memang suka citer melayu, nk tahu kenapa????
KERANA....tak yah nk baca subtitle....hahahha

falsafah org putih ada cakap, "YOU'RE THE THINGS YOU THINK..." kalau tak silap laa, betul dah kot, kita adalah apa yang kita fikirkan...(motivasi selingan: so jangan fikir negatif tentang diri sendiri sebab kita akan menjurus kearah itu)...

so bila buat bancian, sebenarnya diri ni bukan suka sangat tengok citer pun, melainkan teringin sangat...(tapi suka mengadap laptop untuk google itu dan ini...n facebook....hahahhaha)...

so that's why laa kalo nk tengok movie, harus yang leisure2 sikit, yang takyah kepala ni serabut2 pk macam stardi physio jer... bukan tak minat citer action, but more prefer to movies with genre romatic comedy ker...yang tak penat pk n best!


contohnya citer macam ni: ceria2 di hari raya...

ada jugak beberapa member aku cakap...

"huh, citer melayu...takder class ar tengok citer melayu..."

hello (yer, nk cakap ngan saper?), class tak class, ko tu tetap orang melayu, kalau tak suka takper, tapi jangan ar kutuk, agak menanah telinga aku mana2 yg tak mengaku hasil keluaran bangsa sendiri nih...

memang betul laaa cerita melayu sekarang makin haprak, out of moral values n no point of releasing...tapi kalau yang berbentuk islamic n memberi manfaat pun tak nak tengok, melampau ar tu....

contohnya baru2 ni aku tengok citer "CINTA TIKAR SEJADAH" yang pada aku ada intipati dan mesej yang bagus....better lah kalau nk dibandingkan dengan yang lain....yang tu pun tak nk tengok jugak, okla2 tak paksa tengok tapi jangan kutuk orang lain tengok..(tak point saper2 ok...tapi kalau yg makan cili, dia rasa ar nk cari air)

yang nk buat filem pun satu, buatlah citer yang BOOM sikit, ini tidak...manalah org melayu nk sokong filem melayu, hasil zero...pada aku ada sesetengah citer melayu tu baik dijadikan drama daripada filem, nk buat filem bukan murah...(lantak dia laa duit dia)...
kalau ada pembikin filem baca ni, mesti dia akan cakap...

"kau cakap senanglaa, ko tak buat ko tak rasa" hahaha...sorry2, ini hanya pendapat yer, saya menyatakan yang benar walaupun pahit......hahaha

ada jugak movie melayu yang aku tengok tu sampai kna habiskan dalam masa 3 ari, nk kata punya boringnya....aduyaiii...masak tul laaa...membazir masa tul...(dah tu saper suruh tengok?ambik syarat maa...)

aku paham, kita takleh nk espect citer2 yang boom2 cam iron man ker, G.I joe ker tapi at least kasi laa intresting sikit n berkualiti, macam mana nk jual kat luar negara macam nih...

filem melayu yang boleh dipuji...congrats khabir bhatia...

citer action yg ok pada aku...thumbs up untuk syamsul yusof...

kita takleh nk samakan "rating pecah panggung" filem hollywood, bollywood, philippines, korea n so on sebab diaorang ada juadah yang tak halal untuk dihidangkan kepada penonton....itu adalah salah satu taktik kotor pihak diaorang, so kita janganlah ikut...

kalau kita tengok citer hollywood contohnya, sangat jarang untuk kita tengok zero "mencolok mata" scene...so, ini adalah modus operandi mereka...
bollywood pulak dia ada tarian2 dan nyanyian yang mengasyikkan untuk menarik penonton...

kita sebagai orang melayu yang memegang title islam, janganlah buat citer macam tu, tapi kalau tengok pada keadaan sekarang nih, rasanya macam tak mustahil jer, jap lagi ada scene kissing dalam filem melayu...(scene atas katil pun meng'main' jer tayang...masyaAllah...)

so, semoga pembikin2 filem melayu lepas ni lebih peka tentang isu ni harapnya...
kalau kita tengok citer tamil, actually kalau nk dibandingkan citer bollywood, citer tamil ni lagi banyak moral values, tak caya cuba pick mana2 citer tamil....serius...(tapi bising laa sikit diaorang cakap, belit lidah2 kita dengar...hahhaha)


thailand movies yang blh dikatakan agak fun...


this one is my fav....seriusly!

best movies ever....berapa kali tengok pun tarak boring....

apa2 pun, berhiburlah sekadar untuk menghiburkan diri, dan bukannya untuk menghiburkan nafsu...peringatan ni untuk diri sendiri jugak, suka sangat tengok citer hindustan...ish3, nk kena babab nih...so guys, renung2 kan, dan pilihlah apa yang terbaik untuk ditonton...yang tak elok tak yah laa tiru, yang baik jadikan amalan, bukankah kita dah dikurniakan akal dan fikiran....jadi, sama2 kita fikirkan.....adiosss friends....!!!


last3....nk katanya ni my fav movies ever!!!hahahha