Friday, July 23, 2010

hilang arah perhitungan...~







tidak mungkin ada diantara yang mahukan caturan hidupnya berakhir dengan tidak baik...namun itulah hakikat kehidupan, bukan semuanya seindah impian yang dilakar...

andai ditanya...
" nak tak anak yang kau lahirkan nanti cute?.."
dijawab si Ibu.." uishhh...mestilah.."

ditanya lagi...
" kau nak tak selamat sampai ke destinasi yang kau nk tuju?.."
dijawab rakan itu.." mana tak mahu selamat sampai, kau ni pun..."

disoal lagi..
"apa kamu mahu berjaya dalam hidupmu?..."
disapa yang ditanya..." aku harap sangat aku berjaya..."

dilihat pada keadaannya...memang benar, rata-rata antara kita memang mahu pengakhiran yang baik, semuanya mahu positive, tiada yang negatif...
namun harus diingat, kita hanya mengimpikan, yang lain semuanya telah tercatit rapi dalam rancangan Allah...

kita sebagai hambaNya tidak salah untuk berhajat, tapi harus diingat, jika tidak berjaya untuk menggapai apa yang diidamkan, itu bukan bermaksud Allah telah mengabaikan kita, muhasabah diri...

....mungkin ini bukan masanya lagi untuk target itu dicapai...
....mungkin diri kita sendiri belum bersedia untuk mencapainya...
....mungkin belum cukup tangisan dan aduan kita padaNya...
....mungkin masih ada yang tak kena...
....dan mungkin itu juga bukan ditakdirkan untuk kita...

apa sahaja 'mungkin' yang menjelma dalam benak fikiran, harus ditafsir dengan baik, gunakan akal dan bukannya nafsu....
dan janganlah kita memprasangka buruk pada Allah...
just remember, Allah is everything, bila masa saja kita tumbang, bila masa saja kita bangkit, jangan lupa, itu semua kehendakNya....berserahlah segalaNya pada Allah kerana itu yang terbaik...

menangislah, teruskan menangis, menangislah kerana mengadu kepadaNya, percayalah kau merasakan diri kau puas bila tangisan itu dijatuhkan keranaNya..
sesungguhnya Dia maha mendengar....

sama-samalah kita mengajar diri untuk redha dengan segala perancanganNya kerana kita adalah hambaNya, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

so, dun be sad, be strong, perjalanan hidup ini masih panjang, n one of my dearest friends used to say, this is not the end of the world...

take it all the pep-talks as ur spirit n the rest just leave it to Allah....Allah knows what's best...
cheer up,......dearself....


" apa saja yang menjadi kerisauan untuk sesuatu kemusykilan, carilah yang terbaik untuk dirimu dan bukannya kerana orang lain, dan lakukanlah kerana Allah, kerana itulah sebaik-baik keputusan..."



1 comment:

  1. BENAR....

    KEMBALI KEPADA ALLAH...

    SELESAIKAN MASALAH DGN SEMBAHYANG

    HANYA ALLAH BERKUASA.. ALLAH YG REKA PERCATURAN DUNIA.. DIA JUGA YG BOLEH MENGUBAHNYA.. ALLAHUAKHBAR

    ReplyDelete